Skip available courses

Available courses

This course is an introduction to cost and management accounting. Students will learn about the basic concepts of manufacturing cost including material, labour and overhead. Furthermore, students will calculate total cost and income statement to make a short term decision making and use it for planning and controlling process.
Kursus ini menawarkan kemahiran berbahasa dari aspek mendengar, bertutur, membaca dan menulis sesuai dengan tahap intelek pelajar. Tujuan kursus ini adalah untuk meningkatkan kecekapan berbahasa dalam konteks rasmi dan tidak rasmi. Pengajaran dan pembelajaran akan dilaksanakan dalam bentuk kuliah, perbincangan, tugasan, aktiviti kebahasaan, lakonan, ujian dan peperiksaan. Pada akhir kursus ini, pelajar diharapkan dapat menguasai kemahiran berbahasa secara lisan dan tulisan.

Kursus ini mempersiapkan pelajar untuk menghayati etika dan peradaban yang wujud dalam masyarakat kepelbagaian etnik di Malaysia untuk
memperteguhkan pemikiran kritikal dan analitikal mereka bagi menangani kehidupan yang lebih mencabar. Pengisian kursus ini memfokuskan
kepada penghayatan etika dan peradaban dalam acuan Malaysia. Pelajar akan didedahkan dengan dinamika konsep etika dan peradaban yang
menjadi kekuatan kepada pembentukan negara Malaysia berdasarkan susur masa evolusi sejarahnya dari era pra-kolonial sehingga ke pascakolonial. Kefahaman tentang pembentukan etika dan peradaban dalam masyarakat kepelbagaian dibincangkan bagi meningkatkan penghayatan etika dan peradaban ke arah pemantapan kesepaduan nasional dan bangsa Malaysia. Peradaban acuan Malaysia perlu dikupas serta diperdebatkan dalam aktiviti akademik berpandukan Perlembagaan Persekutuan sebagai tapak integrasi dan wahana etika dan peradaban. Pembinaan kesepaduan nasional amat dipengaruhi oleh globalisasi dan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi yang
kompleks. Oleh kerana itu, penghayatan etika dan peradaban menzahirkan perilaku tanggungjawab sosial dan digerakkan pada peringkat individu, keluarga, komuniti, masyarakat, dan negara. Justeru, perubahan yang berlaku dalam masyarakat dan pembangunan langsung ekonomi telah membawa cabaran baru dalam mengukuhkan kelestarian etika dan peradaban di Malaysia. Amalan Pendidikan Berimpak Tinggi (HIEPs) dipraktikkan dalam pengajaran dan pembelajaran bagi mendalami kursus ini. (pengajaran & pembelajaran).
In this course, students will learn about sports nutrition and food guide pyramid. In addition, the course also covers about the nutrients, carbohydrate loading, supplement, and ergogenic aids. Apart from that, this subject will encourage them to eat properly and live a healthy lifestyle.

Skip Calendar